Tuesday, 24 January 2017

MEE KETAM MEE UDANG SEDAP AREA JURU PULAU PINANG


Mee Udang dan Mee Ketam antara makanan yang kerap orang cari di Pulau Pinang selain makanan wajib seperti Pasembor dan Nasi Kandar. Aku sendiri mengakui bahawasanya, Mee Udang dan MeeKetam yang ada di Pulau Pinang adalah antara yang tersedap di Malaysia.

Obviously lah pergi makan kan ? Kedai apa ? Haaa nama kedai adalah Jamu Selera Mee Ketam yang terletak di Kuala Juru. Kawasan Kuala Juru memang terkenal dengan hidangan seafood yang fresh dan sedap.

Jadi aku ambil few pictures. Geram sebab at night aku memang tak pandai ambil gambar. Aku pula bukan pro sangat nak ambil gambar makanan. Jadi terima sajalah seadanya. Since kedai yang berkaitan tak ada dalam senarai Google Maps, aku just pick any other kedai sebagai rujukan. Kedudukan sebenar kedai berada dalam kotak kecil dalam gambar dibawah.
Jelas dan tak berserabut. Direct to the point orang kata. Pilihan makanan tak banyak tapi kalau dah datang makan kedai mee udang tak kan korang expect nampak pizza pula dalam pilihan makanan kan ? Jadi aku rasa menu ni dah cukup menyenangkan pelanggan nak memilih makanan. 

Bersih. Meja dan kerusi yang banyak. Jadi kalau datang dua tiga kereta serentak pun tak apa. Cuma bila malam kena relakan diri digigit nyamuk sikit. BUT !! Boleh minta orang kedai pasangkan ubat nyamuk like what we did. Memang dah tak tahan. Aku punya suggestion, eloklah pasang siap-siap bila menjelang malam sebelum customers minta pasang.
Air kelapa. Sedap. Cuma isi kelapa agak sedikit keras. Takpelah, janji dapat hilangkan dahaga kami berdua. Gelas besar. Dan memang pure rasa air kelapa. Hilang segala kehausan kat tekak ;=)

Selain daripada mee ketam dan yang berkaitan dengan ketam, terdapat juga mee udang, nasi goreng udang, ikan bakar dan macam-macam. Yang lenlain tak dapatlah nak komen, sebab tak order dan merasakan. Niat aku pun nak makan mee ketam je. Tertunai juga hasrat kat hati nak makan mee ketam nie.

Cuma .... cuma .... rege dia! Mak aih, boleh tahan mahal. Padanlah aku google dorang cakap Warung Pak Su nie dah mahal. Semua menu yang kami makan dan minum di atas dekat RM60.00! Turn aku plak tu belanja. Hu hu, untunglah si teman! Kalau korang nak try makan sini, bolehlah ... tapi preparelah duit lebih ye. Kang tak cukup duit, dinding ATM mana plak nak cucukkan. Area sini kawasan kampung. Non hado ATM ye!
Kot korang terlajak ke Penang, bolehlah cuba mee ketam nie .... sedap ke tidak, bergantung kepada lidah memasing ye! Selamat jalan-jalan cari makan ye ;=)


Tuesday, 18 October 2016

Maggie Ketam Dan Udang Enak

Maggie Ketam Dan Udang Enak


 Resepi cara memasak maggi ketam sedap. Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak maggi dan cara memasak maggi sehingga siap untuk dimakan. Resepi memasak maggi dan cara memasak maggi ketam sedap ada disini. Selamat mencuba!

Memang dah lama tak makan maggi, tapi bila dengar jiran depan rumah buat/masak maggi yang sempoi dan sedap, keinginan nak cuba tu semakin membuak-buak didalam dada hehe.
Resepi Maggie Ketam dan Udang ini resepi menggunakan maggie kari biasa sahaja tapi sangat enak. Tengok gambar itu saja pun sudah kecur lidah dibuatnya. 

Bahan-Bahan : 

Berikut penyediaan bahan-bahan yang berkaitan. 

1 - ketam dan udang.
2 - bawang besar 3 biji - dihiris.
3 - bawang putih 5 biji - ditumbuk.
4 - cili kering 2 genggam - diblander. 
5 - cili padi - diketuk. 
6 - halia 2 inci + 2 kiub pati ayam.
7 - serbuk lada hitam + 2 sudu sos cili.
8 - 4 sudu kicap pekat manis.
9 - serbuk maggie kari.
10 - sayur sawi + garam.
11 - 1/2 sudu air tepung jagung.
12 - 1/2 sudu kecil gula - kalau mahu manis tambah lagi gula. 

Cara Penyediaan 

Setelah siap bahan-bahan di atas, kini cara untuk penyediannya pula. 

1 - Blander cili kering dan halia. 

2 - Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. 

3 - Masukan bahan yang telah dikisar tadi. 

4 - Masukkan serbuk maggie kari. 

5 - Masukkan 4 sudu kicap pekat manis. 

6 - Masukkkan serbuk lada hitam (kalau suka). 

7 - Masukkan air ikut suka nak letak banyak mana. Kalau kuah pekat tambah lagi air. 

8 - Masukkan kiub pati ayam. 

9 - Masukkan 2 biji telur yang telah dipukul/dihancurkan. 

10 - Masukkan udang dan ketam bersama sayur sawi dan cili padi yang diketuk tadi. 

11 - Maggie direbus terlebih dahulu. 

12 - Campurkan kuah yang telah siap ke dalam maggie yang telah direbus tadi. 

13 - Siap untuk dimakan.